Tuesday, February 1, 2011

KL vs. Temerloh

Hari ini 1 Februari 2011 disambut oleh warga Wilayah Persekutuan dengan cuti umum. Saya mengambil peluang cuti panjang untuk bersama keluarga di kampung di Temerloh dan Bera.

Banyak yang saya perhatikan dan bezakan keadaan di Temerloh dan KL. Antaranya:-

1. Makanan di Temerloh ternyata lebih enak drpda di KL. Terutama nasi lemak. Mungkin peniaga di Temerloh tak kedekut dan tak menipu. Di KL susah sangat nak jumpa nasi lemak yang sedap. Selalunya  kurang santan, sambal kurang kick n lain2. Itu belum bercerita tentang ikan patin masak tempoyak yang memang specialty di sini.

2. Orang Temerloh lebih peramah. Semua bagaikan saudara dan kenal rapat berjerekit (sangat rapat). Ketika beratur di bank, saya terlihat seorang gadis menyapa mesra seorang tua yang tak dikenalinya apabila orang tua itu ingin memasukkan  note RM1 ke dalam mesin CDM. Layanan di Bank, pejabat2 kerajaan mahupun swasta dan kedai2 bagaikan satu keluarga. Sangat mesra, warm, cordial and welcoming. Situasi sama jarang kita jumpa di KL di mana semua orang hanya mementingkan diri sendiri. Bukan mengata orang sebaliknya diri sendiri juga. Sudah 2 tahun tinggal di kawasan rumah sekarang, saya masih belum mengenali semua jiran dii hadapan rumah. Malu rasanya. Mungkin masing2 sibuk dengan urusan tersendiri.

3. Semangat 1Malaysia berbilang kaum lebih jelas di Temerloh. Ketika menjemput mak mertua di pasar Mentakab saya perhatikan dia sedang asyik berborak dengan seorang apek tua. Isu perbualan ialah kedamaian dan keharmonian yang terhakis disebabkan kehadiran ramai warga asing. Memang benar sebelum ini masyarakat berbilang kaum baik Cina, Melayu dan India hidup aman dan damai sehinggalah kebanjiran pedatang asing yang mula menggugat keharmonian ini.

KETIKA MEMANDU

4. Orang Temerloh lebih berdisiplin. Pantang sekali mereka potong q. Biar betapa panjang pun kereta berbaris mereka tak akan menyelit dan membuatkan pemandu lain marah. Ketika di roundabout mereka akan menunggu sehingga tiada kereta baru bergerak.

5. Orang Temerloh jati tak akan langgar lampu isyarat. Mereka akan bersedia berhenti ketika lampu kuning. Yang langgar lampu isyarat di Temerloh adalah anak muda yang biasa memandu di KL dan ingin membawa budaya buruk itu ke Temerloh.

6. Hon is a big no no di Temerloh. Sangat kurang hajar untuk hon orang. Di KL pula hon adalah makanan jiwa.

Bila sesekali kita melihat dan memerhati banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari daripada dunia di sekeliling kita. Sungguhpun KL menyambut Hari Wilayah buat sekian kali banyak lagi yang boleh KL pelajari drp Temerloh sebenarnya. 
Selamat Hari Wilayah..   

Thursday, January 27, 2011

Pesan untuk kwn2 dlm kerajaan

Sebelum itu saya nak mintak maaf banyak2 kalau post ini menyinggung sesetengah pihak. Biasalah setiap kali berkata-kata pasti ada yang terasa. Bak kata Abby Fana, bukan mengata cuma berkata-kata.

Fenomena sesetengah kawan-kawan dalam govt yang saya rasa perlu ditegur. Bukan memihak atau sideline kepada sesiapa atau mana-mana parti politik. Kembali kepada prinsip asas seorang kakitangan kerajaan professionalism, taat kepada YDPA dan kerajaan yang memerintah (govt of the day).

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Ramai kakitngan krjaan sendiri secara terang-terangan menentang kerajaan. Bagi saya pilihan adalah di tangan masing-masing. Mungkin ramai kakitangan kerajaan yang tidak puas hati dengan kerajaan. Itu lumrah. Tak ada kerajaan yg terlalu ideal dan perfect. Semestinyalah banyak kekurangan di sana sini. Waima kerajaan di negeri2 yg diperintah pembangkang juga kerap kali terkhilaf dalam membuat keputusan. Itu kita terima dengan lapang dada. Kalau tak puas hati maka terjemahkanlah di kertas undi. Menggigit tangan yang menyuap kita bagi saya terlalu keji. Mungkin ada yang mengatakan peduli apa, bukan duit poket PM pun yang bagi gaji tapi duit rakyat. Benar, tapi barang diingat kerajaan yg ada hari ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Kalau benci sangat pada Najib pun ingatlah dia telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Hormatilah keputusan majoriti ini.

Tindakan menghentam dan mengutuk kerajaan oleh kakitangan kerajaan secara terbuka terutama di laman2 sosial seperti facebook bagi saya agak keterlaluan. Lebih parah lagi apabila golongan ini merupakan pegawai di peringkat pengurusan dan professional. Yang membuat dasar untuk kerajaan. Pastinya kata-kata mereka terutama tentang keburukan kerajaan lebih dipercayai orang berbanding kata2 pemandu teksi atau penghulu. Tidak wajar, sangat tidak wajar.

Saya bagi satu analogi yang mudah. SUK Selangor ditolak oleh kerajaan Selangor antaranya kerana dia dikatakan pro UMNO. Anda menerimanya dan percaya tindakan itu betul. Cuba terbalikkan keadaan. Kerajaan BN yang ada sekarang menolak anda untuk berkhidmat di jabatan anda kerana anda dikatakan pro PKR. Adakah anda rasa tindakan itu adil untuk anda?  Demikian juga jika ditakdirkan suatu hari nanti PR yang memerintah Malaysia. DSAI menjadi PM. Seorang kakitngn krjaan di JPM post status dalam facebooknya mengatakan PM DSAI memang kaki l#w@t, Bagaimana? adakah anda rasa tindakan itu wajar.

Sebagai kakitangan krjaan anda harus taat kepada govt of the day. Tak kiralah drp parti yang anda sukai atau benci. Itu yang rakyt pilih. Ingatlah anda hanyalah kakitngan awam bukan ahli politik. Nak marah, marahlah atas kertas undi. Tiada siapa yang larang. Kalau dah terlampau benci maka berhenti saja kerja dengan kerajaan. Sayalah orang pertama yang akan tabik kepada anda kerana benar-benar berpegang kepada prinsip. Tetapi menghebohkan kepada dunia betapa bencinya anda kepada kerajaan sekarang dalam masa yang sama terus makan duit hasil gaji yang anda katakan haram daripada kerajaan yang haram bagi saya tak lebih daripada tindakan seorang munafik. Maafkan saya.

Wednesday, January 26, 2011

Cerita tentang subsidi

Saya menulis pada hari ini kerana terpanggil dengan cabaran yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri di JPM kepada negeri-negeri yang diperintah oleh PR untuk memberikan subsidi kepada kepada rakyat negeri masing-masing sekiranya bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat.

Tidak terkait dengan politik, saya melihat perlumbaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat ini dari sisi positif. Walau bagaimanapun, semua janji yang ditabur seharusnya realistik dan berpijak di bumi nyata bukan cakap-cakap kosong yang jadi penyedap halwa telinga. Takut nanti apabila berkuasa, janji tak mampu ditunai rakyat akan melenting. Begitu juga cabar-mencabar perlulah berlandas dan terarah. Yang rakyat perlukan bukanlah debat atau cabar-mencabar sebaliknya penyelesaian kepada kesengsaraan mereka.

Isu subsidi merupakan satu perkara yg cukup sensitif  kepada semua pihak. Bukan setakat di Malaysia tetapi juga di mana-mana negara, baik kepada yg kaya apatah lagi kepada yang tak berharta.

Begitu panjang senarai barang yang disubsidi kerajaan merangkumi minyak, minyak masak, gas, gula, tepung, beras, dan pelbagai lagi barangan keperluan. Pentingnya subsidi ini kerana ia begitu dekat dengan perut rakyat. Apa-apa perkara besar melibatkan dasar atau hala tuju negara baik ETP, GTP, RMK-10 dan lain-lain sebenarnya bukanlah apa-apa bagi orang kebanyakkan dan  tiada kesan langsung yang begitu cepat dirasa mereka. Tetapi kenaikan harga minyak atau gula serta merta akan merabakkan poket mereka. Siapa tak marah? Berilah apa pun justifikasi, apa yang rakyat tahu adalah apa yang mereka rasa terutama bila mereka rasa terhimpit dan tercekik. Hal ini merupakan fenomena global yang berlaku di seluruh dunia. Di Mesir roti naik 5sen sudah cukup untuk menyebabkan rakyatnya merusuh.

Subsidi dalam Islam
Bagaimana pandangan islam tentang subsidi. Adakah subsidi wujud dalam sistem ekonomi Islam? Sebenarnya sistem ekonomi islam sangat berbeza dengan sistem kapitalis. Sistem kapitalis tidak pernah berhasrat membasmi kemiskinan rakyatnya. Sistem ini hanyalah mengenai peluang. Yang terbaik akan menang dan yang lemah akan tumbang. Sebaliknya sistem ekonomi Islam adalah berpandukan kepada prinsip maqasid syar’iah di mana setiap hukum dan keputusan hendaklah berpandukan kepada prioriti dan kepentingan. Mengikut susunan kepentingan hifz din (menjaga agama), nafs (jiwa), aql’ (akal), maal (harta) dan nasab (keturunan). Wajib bagi kerajaan menjaga dan melindungi kelima-lima komponen ini secara menyeluruh. Demikian juga peristiwa apabila Saidina Umar memerintahkan Huzaifah Ibn Yaman mengagihan semua harta dalam perbendaharaan negara kepada rakyat jelata sehingga tiada apa lagi yang tinggal di baitul mal. Dapat difahami bahawa prinsip ekonomi Islam adalah kekayaan rakyat jelata lebih utama daripada kantung negara. Sistem ini sebenarnya berbalik, rakyat yang kaya akan menyumbang kembali kepada negara dalam bentuk zakat dan jizyah. Sebentar kantung perbendaharaan kosong untuk rakyat, tak lama negara akan makmur kembali. Begitulah pusingan ekonomi yang dicadang Islam.

Konklusinya, apa yang kita perlukan adalah peningkatan kadar pendapatan rakyat secara menyeluruh bukannya subsidi semata-mata. Hukum alam, apabila pendapatan meningkat subsidi boleh dikurangkan. Tetapi apa yang berlaku sekarang, pendapatan tak bertambah sedangkan subsidi sedikit demi sedikit ditarik dan diselaraskan.

Yang paling terkesan sudah pastinya golongan berpendapatan rendah yang hidup di bandar. Penoreh getah dan peneroka sawit mungkin masih boleh tersenyum lebar kerana harga sawit dan getah yang agak tinggi sekarang. Harus diingat harga barangan komoditi ini bergantung kepada hukum permintaan dan penawaran. Setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak dunia, harga getah sebagai barang pengganti khususnya dalam industri tayar akan meningkat sejajar dengan peningkatan harga minyak. Justeru, peningkatan harga minyak sebenarnya membawa manfaat terselindung kepada penoreh getah tetapi amat malang bagi pekerja berpendapatan rendah di bandar, tiada situasi yang menggembirakan mereka melainkan pendapatan mereka ditingkatkan.

Harga barang yang terlalu murah juga akan merugikan banyak pihak. Harga ikan, ayam dan beras yang murah tidak membantu meningkatkan pendapatan nelayan, penternak dan petani. Golongan lain perlu membantu mereka dengan membayar harga yang lebih tinggi untuk produk yang dijual. Kerana itu saya katakan peningkatan pendapatan rakyat ini perlu dilakukan secara drastik dan menyeluruh sebaliknya pengurangan subsidi perlu dilakukan secara beransur-ansur apabila kantung negara kembali terisi.

Justeru apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah memanipulasi sumber yang mereka kuasai. Menaikkan gaji kakitangan awam yang berjumlah 1.2 juta akan mewujudkan kesan domino yang maha hebat kepada ekonomi. Bilangan 1.2 juta ini akan berbelanja dan peniaga-peniaga baik besar mahupun kecil pastinya akan merasai nikmat dan manfaatnya. 

Yang terus tertinggal adalah kakitangan swasta yang upahnya ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Meningkatkan pendapatan rakyat juga harus merujuk kepada hukum ekonomi. Kalau majikan dapat mencari pekerja dengan upah RM400 sebulan, mengapa perlu dia membayar lebih. Kerajaan boleh mencelah dengan menetapkan kadar sesuatu upah tetapi harus diingat hal ini bertentangan dengan prinsip ekonomi bebas. Malaysia mungkin tidak menarik lagi kepada pelabur asing kerana kos operasi yakni upah yang begitu tinggi.  Saya tidak dapat memikirkan cara terbaik membantu mereka melainkan kerajaan menetapkan gaji minimum. Kajian terperinci dan lengkap perlu dilakukan supaya penetapan ini tidak meninggalkan kesan boomerang kepada ekonomi negara.

Peningkatan pendapatan rakyat secara menyeluruh ini akan kembali disalurkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan zakat. Sedikit demi sedikit subsidi boleh dikurangkan seiring dengan pendapatan negara. Negara akan makmur dan rakyat akan sejahtera.

Sunday, January 23, 2011

Salah tanggap tentang kerja kerajaan

Pelbagai pandangan diberikan oleh pelbagai pihak tentang kerja kerajaan. Mungkin tangkapan itu ada benarnya tetapi kebanyakkannya hanyalah mitos yang ternyata salah. Justeru mari kita lihat beberapa perkara yang kerap diperkatakan.

Cable atau orang dalam 

Ramai yang terus mengabaikan temuduga kerajaan kerana prasangka bahawa panggilan temuduga merupakan wayang semata-mata sedangkan calon yang diingini telah ada. Pendapat ini ternyata salah dan meleset. Setiap calon yang hadir akan dinilai sebaiknya. 

Begitu juga dengan surat-surat sokongan. Ramai yang datang temuduga dengan menghulurkan surat-surat sokongan daripada ahli-ahli politik, YB, menteri dan lain-lain lagi. Sebenarnya untuk makluman anda surat-surat sokongan sebegini tidak membawa sebarang nilai pun kepada anda. Kadangkala surat-surat sokongan daripada orang-orang politik  terutamanya lebih memberikan keburukan berbanding kebaikan kepada seseorang calon. Ingat, penemuduga juga merupakan manusia biasa seperti anda. Perkara-perkara cable, sokongan sebegini kadangkala membuatkan rasa menyampah yang membuak-buak. Tambahan lagi kalau calon yang kononnya datang dengan cable ini langsung tidak memenuhi standard minimum yang ditetapkan. 

Pemilihan seseorang calon adalah terletak kepada pertimbangan penemuduga. Penemuduga perlu memberikan justifikasi mengapa seseorang calon dipilih. Sukar bagi seseorang penemuduga memberikan markah yang terlalu jauh berbeza dengan rakan penemuduganya yang lain. Justeru ingatlah, jangan sesekali persepsi sebegini menutup terus minat dan keinginan anda terhadap kerja kerajaan. Percayalah pintu rezeki sentiasa terbuka untuk anda asalkan ada usaha dan kesungguhan.

Kerja kerajaan mudah

Zaman kerja kerajaan mudah telah lama berlalu.  Kerap kali kini kerja kerajaan menuntut lebih komitmen daripada apa yang dapat anda bayangkan. Ramai yang terpaksa pulang lambat kadang kala hingga ke dinihari untuk menyiapkan sesuatu kerja penting yang melibatkan kepentingan negara. Seorang rakan saya di sebuah jabatan kerajaan kerap merungut katanya paling awal dia dapat pulang pada jam 8 malam, biasanya jam 10 baru dapat pulang dan kadang kala sehingga jam 4 pagi. 

Kerjaya guru juga sekarang menuntut pengorbanan yang lebih besar daripada guru-guru. Seorang guru yang merupakan rakan baik saya juga merungut mengatakan dalam sebulan dia cuma dapat rehat sehari sahaja dan hari-hari lain dia terpaksa bekerja seperti biasa termasuklah hari sabtu dan ahad. Tiada lagi masa senang lenang seperti dahulu. Jangan terperanjat kalau dikatakan di sebuah kementerian mesyuarat terpaksa diadakan seawal jam 6.30 pagi kerana kesuntukan waktu Ketua Setiausahanya. 

Zaman berubah dan tuntutan kerja juga telah berubah. Kalau anda memohon kerja kerajaan dengan harapan dan impian untuk mendapatkan kerja senang lenang, anda patut memikirkannya semula.

Saturday, January 22, 2011

Rayuan ke MRSM

Rayuan ke MRSM menjadi topik yang agak hangat di awal tahun 2011 ini. Sudah tentu sebagai sebuah institusi pendidikan yang sangat berprestij, MRSM menjadi rebutan. MRSM juga merupakan tabung emas bagi kaum Melayu dan Bumiputra. Kerana itu ramai yang menentang bila ada cadangan supaya MRSM dibuka kepada semua kaum. Saya tak bercadang untuk mengulas lanjut kerana bagi saya isu pendidikan ini lebih mendesak berbanding politik. Justeru ia menjadi tajuk utama yang akan saya kupas dan nasihat-nasihat yang mungkin berguna kepada para pelajar (mungkin ibu bapa) yang memohon ke MRSM.

Bagi saya, selain daripada faktor prestijnya, MRSM turut menjadi rebutan kerana peluang yang ditawarkannya. Pelajar lepasan MRSM mempunyai kelebihan untuk mendapat biasiswa tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai ibu bapa yang mula risau apabila JPA bercadang untuk memansuhkan biasiswa ke luar negara bagi ijazah pertama. Dalam hal ini tentulah instutusi lain seperti MARA akan menjadi harapan ibu bapa.

Ramai yang kecewa apabila permohonan mereka untuk memasuki institusi berprestij ini gagal.http://www.mara.gov.my/web/guest/home

Termasuklah seorang anak saudara saya yang kecewa walaupun berjaya mendapat 8A dalam PMR tetapi gagal untuk mendapatkan tempat. Saya cuba hubungi seorang rakan yang agak berpengaruh untuk memohon bantuan. Mengejutkan bila beliau memberitahu bahawa adiknya sendiri gagal mendapat tempat walaupun maklumat dalaman mengatakan adik beliau telah dijanjikan tempat. Seorang lagi rakan yang lebih berpengaruh (dalam arena politik) turut gagal memastikan anak buahnya mendapat tempat. Begitulah keadaan dunia sekarang. Pengaruh dan kuasa belum tentu dapat menyelamatkan kita.

Sebenarnya banyak faktor yang menentukan berjaya atau gagal permohonan seseorang pelajar. Terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan tempat yang ditawarkan sangat terhad. Perlu saya tegaskan bahawa kecemerlangan akademik semata-mata bukanlah satu jaminan anda akan diterima. Kecemerlangan ko-kurikulum juga turut menjadi prasyarat utama yang dipertimbangkan.

Selain itu, jantina juga memainkan peranan. Bukan ingin mendikriminasi gender tetapi begitulah hakikatnya. Persaingan di kalangan pelajar wanita sangat sengit. Ramai wanita yang cemerlang dalam pelajaran berbanding lelaki, itu tidak dinafikan. Pihak pengurusan MRSM perlu membuat keputusan yang berat bagi menyeimbangkan kedua-dua jantina ini. Justeru kemungkinan terjadi pelajar perempuan yang lebih cemerlang daripada pelajar lelaki terpaksa diketepikan kerana faktor ini adalah tidak mustahil.

Lalu bagaimana cara terbaik bagi memastikan anda mendapat tempat ke MRSM. Beberapa tahun lalu saya pernah menolong adik seorang rakan mendapat tempat ke MRSM di sebuah negeri di Pantai Timur. Saya tidak mahu mendedahkan bagaimana saya melakukannya di sini. Kerana saya sendiri akan menggunakan cara tersebut sebagai last resort.

Menggunakan pengaruh politik atau surat sokongan daripada ADUN atau Ahli Parlimen juga sebenarnya tidaklah begitu berkesan. Kecuali kalau ADUN atau MP tersebut merupakan Ahli Majlis MARA. Maka peluang anda pastinya terbuka luas.

Apa yang dapat simpulkan di sini, tidak seperti sekolah harian biasa yang dikekang oleh PPD, MRSM lebih bersifat autonomi. Pengetua mempunyai kata pemutus. Justeru nasihat terbaik saya ialah merayulah kepada pengetua MRSM tersebut. Tertakluk kepada kelayakan dan keputusan peperiksaan anda, pengetua boleh menerima anda sebagai pelajar di sekolahnya dengan budi bicara. Harus diingat kadang-kala ada juga pelajar yang ditawarkan tempat tetapi menolak, dan kekosongan berlaku di sini. Berdasarkan prinsip first come first serve. Jangan lengahkan dan jangan berputus harap. Teruskan usaha anda. Anda telah melakukan segalanya bagi mendapatkan keputusan terbaik. Sekarang anda memang berhak untuk diterima di sekolah terbaik. Tetapi sedikit lagi usaha diperlukan.

Rayuan terakhir ke MRSM akan ditutup pada 1 April ini. Justeru anda ada beberapa bulan untuk meneruskan usaha bagi merebut tempat. Untuk tempoh tersebut saya akan cuba berkongsi beberapa tips dan tricks untuk tujuan ini. Terima kasih

Tulis Blog jadi kaya

SELAMAT DATANG KAWAN-KAWAN KE BLOGKU AVIMARUONE

Hari ni keluar dalam Berita Minggu tulis blog jadi kaya raya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BloggeruntungRM1juta/Article/

Balik dari kedai aku terus sambar laptop dan register as a blogger. Maka pada hari ini 23 Januari 2011 jam 1 petang secara rasminya aku menjadi seorang blogger muahahha.

Aku memang minat jugakla menulis ni. Tapi menulis sambil dapat duit ni lagilah aku minat haha.

Sebenarnya tak tau lagi nak tulis pasal isu apa. tapi dalam kepala macam-macam ada.. Mybe boleh tulis tentang isu-isu semasa, tips-tips, or politik,. Rasanya kalau nak laku kena tulis pasal artis kot. Gosip-gosip pun mesti laris punya. Tapi aku tak minat sangatla. Mybe boleh tulis pasal isu hiburan tapi yang bersifat membina lah. bukan gosip-gosip murahan yang tak ada nilai.

Sekarang tengah belajar macam mana nak dapat duit daripada blog ni. Dapat duit dari facebook macam tipu je rasanya. So sifus n gurus sila beri tunjuk ajar!!