Thursday, January 27, 2011

Pesan untuk kwn2 dlm kerajaan

Sebelum itu saya nak mintak maaf banyak2 kalau post ini menyinggung sesetengah pihak. Biasalah setiap kali berkata-kata pasti ada yang terasa. Bak kata Abby Fana, bukan mengata cuma berkata-kata.

Fenomena sesetengah kawan-kawan dalam govt yang saya rasa perlu ditegur. Bukan memihak atau sideline kepada sesiapa atau mana-mana parti politik. Kembali kepada prinsip asas seorang kakitangan kerajaan professionalism, taat kepada YDPA dan kerajaan yang memerintah (govt of the day).

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Ramai kakitngan krjaan sendiri secara terang-terangan menentang kerajaan. Bagi saya pilihan adalah di tangan masing-masing. Mungkin ramai kakitangan kerajaan yang tidak puas hati dengan kerajaan. Itu lumrah. Tak ada kerajaan yg terlalu ideal dan perfect. Semestinyalah banyak kekurangan di sana sini. Waima kerajaan di negeri2 yg diperintah pembangkang juga kerap kali terkhilaf dalam membuat keputusan. Itu kita terima dengan lapang dada. Kalau tak puas hati maka terjemahkanlah di kertas undi. Menggigit tangan yang menyuap kita bagi saya terlalu keji. Mungkin ada yang mengatakan peduli apa, bukan duit poket PM pun yang bagi gaji tapi duit rakyat. Benar, tapi barang diingat kerajaan yg ada hari ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Kalau benci sangat pada Najib pun ingatlah dia telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Hormatilah keputusan majoriti ini.

Tindakan menghentam dan mengutuk kerajaan oleh kakitangan kerajaan secara terbuka terutama di laman2 sosial seperti facebook bagi saya agak keterlaluan. Lebih parah lagi apabila golongan ini merupakan pegawai di peringkat pengurusan dan professional. Yang membuat dasar untuk kerajaan. Pastinya kata-kata mereka terutama tentang keburukan kerajaan lebih dipercayai orang berbanding kata2 pemandu teksi atau penghulu. Tidak wajar, sangat tidak wajar.

Saya bagi satu analogi yang mudah. SUK Selangor ditolak oleh kerajaan Selangor antaranya kerana dia dikatakan pro UMNO. Anda menerimanya dan percaya tindakan itu betul. Cuba terbalikkan keadaan. Kerajaan BN yang ada sekarang menolak anda untuk berkhidmat di jabatan anda kerana anda dikatakan pro PKR. Adakah anda rasa tindakan itu adil untuk anda?  Demikian juga jika ditakdirkan suatu hari nanti PR yang memerintah Malaysia. DSAI menjadi PM. Seorang kakitngn krjaan di JPM post status dalam facebooknya mengatakan PM DSAI memang kaki l#w@t, Bagaimana? adakah anda rasa tindakan itu wajar.

Sebagai kakitangan krjaan anda harus taat kepada govt of the day. Tak kiralah drp parti yang anda sukai atau benci. Itu yang rakyt pilih. Ingatlah anda hanyalah kakitngan awam bukan ahli politik. Nak marah, marahlah atas kertas undi. Tiada siapa yang larang. Kalau dah terlampau benci maka berhenti saja kerja dengan kerajaan. Sayalah orang pertama yang akan tabik kepada anda kerana benar-benar berpegang kepada prinsip. Tetapi menghebohkan kepada dunia betapa bencinya anda kepada kerajaan sekarang dalam masa yang sama terus makan duit hasil gaji yang anda katakan haram daripada kerajaan yang haram bagi saya tak lebih daripada tindakan seorang munafik. Maafkan saya.

7 comments:

  1. saya kerja gomen. saya no komen

    ReplyDelete
  2. i'm servant first civil second

    ReplyDelete
  3. betul betul betul,, ngeeeee~

    ReplyDelete
  4. well...that's the fact..govt servant need to understand more on their jobs, roles and responsibility,,,choice are always between 2 things,,take it if you want it or just leave it if you hate it...if u don't like the govt you work for, just resign, don't keep complaining so and so,,noted that no govt is perfect but its out duty make it perfect, eitherwise what the point of govt hiring and paying you...such a waste rite? best way just asked yourself ler....bak kata pepatah,,,tepuk dada tanya selera....sendiri punya kerja, sendiri jawab,,,,

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan post ini. Puak2 mereka nie la yg selalu buat taik bile keja dan rakyat komplen kerajaan lembap la, bodo la, tak tau buat keja la dan mcm2 lagi tanpa disedari rupenye semua itu berpunca dari protes senyap pegawai2 dan kakitangan awam yang kononnya benci kerajaan yang dilantik secara SAH! Akhirnya yang terpalit lumpur taiknya adalah kerajaan yang dipilih tersebut. Petualang2 sebegini harus dinyahkan dari muka bumi!

    ReplyDelete